home Semasa Masjid di Bahrain dibuka semula untuk solat Zuhur mulai 1 November

Masjid di Bahrain dibuka semula untuk solat Zuhur mulai 1 November

 

MANAMA – Masjid-masjid di Bahrain akan dibuka semula untuk solat Zuhur mulai 1 November, kata Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam (SCIA).

Keputusan itu berdasarkan persetujuan Pasukan Petugas Nasional Memerangi Koronavirus (Covid-19) Nasional, bermaksud masjid-masjid di Bahrain akan dibuka kepada jemaah untuk solat Subuh dan Zuhur, lapor agensi berita Bahrain (BNA).

Langkah berjaga-jaga akan dilaksanakan untuk memastikan keselamatan jemaah semasa solat dua waktu itu, kata SCIA.

Solat jemaah dan Jumaat ditangguhkan di Bahrain pada 28 Mac setelah masjid ditutup untuk mengurangkan penyebaran Covid-19.

Solat subuh dibenarkan pada 28 Ogos sebagai langkah pertama pembukaan semula masjid secara beransur-ansur serta penyambungan semula ibadah berjemaah dan perjumpaan keagamaan. -Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *