home Semasa Presiden Indonesia mahu pastikan vaksin COVID-19 halal

Presiden Indonesia mahu pastikan vaksin COVID-19 halal

 

JAKARTA– Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengingatkan negaranya supaya tidak terburu-buru menghasilkan vaksin COVID-19.

Beliau meluahkan kebimbangan terhadap kesedaran masyarakat mengenai status halal vaksin wabak yang sudah mengorbankan 1.12 juta penduduk dunia.

“Saya meminta supaya vaksin ini tidak dilancarkan secara tergesa-gesa kerana ia sangat sukar.

“Saya ingin memastikan ada persiapan yang baik, terutama berkaitan halal dan haram, harga dan kualiti,” katanya dalam satu pertemuan tertutup.

Dengan lebih dari 365,000 kes COVID-19 dan lebih dari 12,000 kematian, Indonesia kini giat berjuang untuk mengawal penularan wabak itu.

Sementara itu, pemerintah yang berlumba-lumba mendapatkan bekalan vaksin telah mendapat kecaman ahli epidemiologi yang masih mencari penawar dan mengkaji keberkesanan serta keselamatan vaksin yang dicipta.

Menteri-menteri kanan menyatakan bahawa kebenaran untuk mengeluarkan vaksin kecemasan hanya akan dapat diberikan awal bulan depan.

Sebelum ini, Indonesia berjanji untuk memvaksinkan lebih dari 100 juta penduduk pada tahun depan.

Bagaimanapun, Jokowi pada semalam berkata, skala untuk memberi vaksin kepada lebih 270 juta penduduk di negara itu adalah sangat mencabar.

Kontroversi sama ada vaksin mematuhi prinsip Islam telah mendapat respon daripada beberapa pihak kesihatan awam, termasuk pada 2018 ketika Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa bahawa vaksin demam campak adalah haram dan dilarang menurut Islam. -Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *