home Semasa Program Wacana Al-Quran kupas isu semasa berlandaskan ayat al-Quran

Program Wacana Al-Quran kupas isu semasa berlandaskan ayat al-Quran

 

KUALA LUMPUR : Program Wacana Al-Quran merupakan satu lagi platform baharu anjuran Sinar Harian yang bakal mengupas isu-isu semasa yang menjadikan al-Quran sebagai solusinya.

Program tersebut bakal disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat menerusi beberapa rangkaian meliputi portal Sinar Harian Online, Facebook dan YouTube.

Menurut penerbitnya Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, program berkenaan yang bersiaran selama satu jam bermula pada 6 petang itu akan tampil dengan episod sulungnya 19 Oktober ini.

“Menerusi Wacana Al-Quran, apa sahaja isu ekonomi, kewangan, politik dan sebagainya, apa yang al-Quran kata, kita bawa semua isu kepada satu penyelesaian melalui cara dan kaedah yang dipandu oleh al-Quran,” katanya pada Ahad.

Hussamuddin yang juga Pengerusi Kumpulan Karangkraf berkata, Wacana Sinar Harian yang kini memasuki siri ke-200 semakin mendapat tempat di kalangan penonton dan menjadi ikutan bagi mengupas isu semasa.

Katanya lagi, sekiranya penganjuran Wacana Al-Quran dapat diadakan setiap minggu dengan sokongan pakar, beliau yakin ia mampu memanfaatkan banyak pihak.

“Sebelum ini, kita bawa isu secara seimbang, jadi sekarang kita hendak bagi penyelesaian kepada ummah iaitu melalui al-Quran. Kita mahu wujudkan satu ekosistem yang mana Allah dah tunjuk dalam al-Quran.

“Kenapa Sinar Harian buat? Sebab kita hendak memperjelaskan mesej yang ada dalam al-Quran dan membawanya dalam wacana supaya orang ramai faham,” katanya.

Dalam pada itu, Hussamuddin berkata, pihaknya juga berhasrat menganjurkan satu lagi program iaitu My#HadithTime yang akan mengupas hadis sahih supaya lebih difahami masyarakat.

Wacana Al-Quran merupakan kesinambungan kepada kejayaan program My#QuranHour, diperkenalkan sejak tujuh tahun lalu, yang menggalakkan masyarakat berinteraksi dengan al-Quran melalui kaedah tadabbur. -Astro Awani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *