home Semasa Zionis rampas 36 kawasan di Tebing Barat

Zionis rampas 36 kawasan di Tebing Barat

 

BAITULMAQDIS – Sikap tamak rejim pengganas Israel tiada kesudahan apabila bukan sahaja merampas 36 kawasan di Kawasan C, di Tebing Barat yang diduduki, malah turut merancang untuk menjadikannya sebagai penempatan haram dan kem tentera.

Ketua Pengarah Sumber Asli di Lembaga Kualiti Alam Sekeliling di bawah pentadbiran pihak berkuasa Palestin (PA), Issa Musa berkata, sebanyak 50 sumber semula jadi di Tebing Barat termasuk 36 daripadanya di Kawasan C, berada di bawah kendalian Israel.

Issa berkata, rejim pengganas Israel menyasarkan seluas 11,000 dunam (2,718 ekar) ladang subur yang terletak di Jericho ke Tubas di Tebing Barat untuk dijadikan penempatan haram Yahudi dan kem tentera.

Beliau berkata, pihaknya telah mendokumentasikan semua pencerobohan dilakukan rejim Zionis di kawasan-kawasan terbabit.

Pihaknya juga telah melaporkan isu kepelbagaian biologi kepada Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengambil tindakan sewajarnya. -Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *