home Semasa Allah melaknat arak dan rasuah

Allah melaknat arak dan rasuah

 

1. TINDAKAN kerajaan mengawal penjualan arak di Kuala Lumpur adalah tindakan yang seharusnya disokong. Ia bertepatan dengan saranan hadis malah langkah ini pernah dilaksanakan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz dahulu.

2. Pesoalan yang ditimbulkan oleh kumpulan Patriot dilihat mengelirukan. Mengapa pula perlu membandingkan arak dengan rasuah kerana keduanya adalah sesuatu yang dilaknat oleh Allah dan Rasul. Bererti kedua-dua perkara ini hendaklah dibanteras.

3. Langkah pengawalan arak tidak bererti kita membenarkan amalan rasuah berlaku bahkan kita hendaklah menyeru supaya kedua-dua kemungkaran ini haruslah dibanteras. Ia selaras dengan saranan Rasulullah yang melaknat penyebaran arak dan amalan rasuah. Sabda Rasulullah:

لَعَنَ اللَّهُ الْخَمْرَ وَشَارِبَهَا وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَمُبْتَاعَهَا وَعَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ

“Allah melaknat arak, orang yang meminumnya, orang yang menuangkannya, penjualnya, pembelinya, yang memerahnya, yang mengambil hasilnya, penghantarnya dan orang yang meminta dihantarkan. (HR Abu Daud)

4. Begitu juga Allah melaknat amalan rasuah. Sabda Rasulullah:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي

“Rasulullah melaknat pemberi dan penerima rasuah.” (HR Ahmad)

5. Perhatikan kedua hadis ini betul-betul. Perkataan yang digunakan adalah ‘laknat.’ Bererti perbuatan rasuah dan penyebaran arak ini adalah perlakuan yang amat terkutuk sehingga mereka yang melakukannya dilaknat oleh Allah dan Rasul. Kedua perkara ini memberikan ancaman kepada kesejahteraan negara.

6. Bukan sahaja penyebaran arak ini ditegah oleh Rasulullah, langkah mengawal penjualan arak ini pernah dilaksanakan oleh Umar Abdul Aziz. Umar dilihat cuba menyekat kemasukan dan kebebasan aktiviti import/eksport penjualan arak. Perkara ini direkodkan oleh Ibn Zanjaweh di dalam kitab al-Amwal:

كَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ إِلَى عَبْدِ الْحَمِيدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَهُوَ عَامِلُهُ عَلَى الْكُوفَةِ: أَنْ «لَا تُحْمَلَ الْخَمْرُ مِنْ رُسْتَاقٍ إِلَى رُسْتَاقٍ.

“Umar Abdul Aziz menulis surat kepada Abdul Hamid ibn Abdul Rahman iaitu Gabenor beliau di Kufah: (kata Umar) Jangan dibawa arak dari satu bandar atau wilayah (rustaq) kepada bandar atau wilayah yang lain.” (Ibn Zanjaweih, al-Amwal, 1/282).

7. Sepatutnya tidak timbul isu mempersoalkan tindakan mengawal penjualan arak ini oleh seorang Muslim. Muslim seharusnya melihat kedua perkara sebagai suatu keutamaan yang mesti dibanteras demi kesejahteraan ummah ini.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my
 
—-—
 
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
 
https://www.billplz.com/indahnyaislam
 
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)
text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *