home Semasa Bersangka baik dengan Allah

Bersangka baik dengan Allah

 

1. DALAM sebuah hadis Qudsi, Rasulullah menyampaikan dialog dari Allah bahawa Allah sentiasa bersama dengan sangkaan hambaNya. Sekiranya hambaNya sentiasa bersikap positif dan bersangka baik, maka Allah akan mengurniakan kebaikan.

2. Menurut al-Imam al-Nawawi, yang dimaksudkan bersangka baik dengan Allah ialah seorang hamba itu hendaklah sentiasa berfikiran positif dengan berharap agar Allah akan sentiasa merahmatinya dan mengampunkannya. Dengan itu Allah akan sentiasa merahmati kita. (Sharh Muslim)

3. Atas dasar itu Saidina Abdullah bin Mas’ud menjelaskan bahawa tidak ada seorang hamba yang bersangka baik dengan Allah melainkan Allah akan memberikan kebaikan kepada hamba tersebut kerana segalanya adalah di bawah kekuasaan Allah. (Husnu al-Zann, Ibn Abi Dunya)

4. Dengan itu kita hendaklah sentiasa bersikap postif dan yakin bahawa segala kesulitan dan kesusahan boleh dipermudahkan oleh Allah. Segala dosa yang dilakukan masih ada ruang keampunan dan rahmat dari Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *