home Semasa Cara dapatkan doa Rasulullah ﷺ

Cara dapatkan doa Rasulullah ﷺ

 

1. SETIAP kita barangkali rindu untuk mendapat doa dari Rasulullah ﷺ.

Di sini disenaraikan beberapa hadis yang menjelaskan tentang beberapa golongan yang didoakan oleh Rasulullah ﷺ:

2. Lakukan solat sunat empat rakaat sebelum Asar.

Ini kerana Rasulullah ﷺ mendoakan rahmat terhadap mereka yang sentiasa mengamalkannya.

Sabda Rasulullah ﷺ:

رحِم اللهُ امرأً صلَّى قبْلَ العصرِ أربعًا

“Mudah-mudahan Allah merahmati seorang lelaki yang menunaikan solat sunat empat rakaat sebelum Asar.” (HR al-Tirmizi).

3. Bertugas sebagai imam dan bilal. Mereka yang bertugas sebagai imam dan bilal juga akan menerima doa dari Rasulullah ﷺ.

Rasululah ﷺ pernah mendoakan terhadap dua golongan ini. Sabda Rasulullah ﷺ:

الْإِمَامُ ضَامِنٌ ، وَالْمُؤَذِّنُ مُؤْتَمَنٌ ، اللَّهُمَّ أَرْشِدْ الْأَئِمَّةَ ، وَاغْفِرْ لِلْمُؤَذِّنِينَ

“Imam itu adalah penjamin, manakala Bilal itu adalah mereka yang dijamin. Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada para Imam dan berikanlah keampunan kepada para bilal.” (HR Abu Daud).

4. Membaca doa mendengar azan.

Setelah selesai mendengar azan, adalah sangat digalakkan kita berdoa kerana doa tersebut adalah perkara yang diajar oleh Nabi ﷺ

Bahkan mereka yang membacanya akan mendapat doa syafaat dari Rasulullah ﷺ. Sabda Rasulullah ﷺ:

مَن قال حِينَ يَسمعُ النِّداءَ: اللهمَّ ربَّ هذه الدعوةِ التامَّةِ، والصَّلاةِ القائمةِ، آتِ محمدًا الوسيلةَ والفضيلةَ، وابعثْه مقامًا محمودًا الذي وعدتَه؛ حلَّتْ له شَفاعتي يومَ القيامةِ

“Barangsiapa yang membaca doa (doa azan) setelah mendengar azan iaitu:
اللهمَّ ربَّ هذه الدعوةِ التامَّةِ، والصَّلاةِ القائمةِ، آتِ محمدًا الوسيلةَ والفضيلةَ، وابعثْه مقامًا محمودًا الذي وعدتَه

Maka, (mereka yang membaca doa ini) akan mendapat syafaat aku. (HR al-Bukhari).

5. Mengejutkan suami atau isteri supaya bangun qiamullail.

Rasulullah ﷺ pernah mendoakan buat suami atau isteri yang mengejutkan pasangan mereka untuk bangun qiamullail. Sabda Rasulullah ﷺ:

رحمَ اللَّهُ رجلًا قامَ منَ اللَّيلِ فصلَّى، ثمَّ أيقظَ امرأتَهُ فصلَّت

“Allah merahmati buat suami (dalam lafaz seterusnya isteri) yang bangun qiamullain dan kemudian dia mengejutkan isteri (atau suami) sehingga mereka berdua mendirikan qiamullail,” (HR Abu Daud)

Moga Allah merahmati kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my
 
—-—
 
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
 
https://www.billplz.com/indahnyaislam
 
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *