home Semasa Dakwah tanpa ilmu menyesatkan manusia

Dakwah tanpa ilmu menyesatkan manusia

 

DAKWAH itu adalah himpunan ilmu dan hikmah (wisdom). Ilmu itu hasil cahaya ketaatan yang panjang. Hikmah pula adalah hasil tafakur yang dalam.

Dakwah tanpa ilmu menyesatkan manusia dan merosakkan kemanusiaan. Pelaku maksiat yang tegar hanya mempunyai maklumat tapi bukan ilmu. Bila dia berdakwah, maklumatnya mungkin memukau pendengar tapi akhirnya dia akan merosakkan manusia kerana dia tiada cahaya ilmu yang memberinya panduan hidup.

Dakwah tanpa hikmah pula tidak akan menyentuh jiwa. Ilmu disampaikan terhenti di akal tetapi tidak masuk ke sanubari. Seronok menghamburkan fakta atau bergurau senda tetapi hati tetap kering tidak menggerakkan tubuh untuk sebuah keinsafan.

Kemahiran dakwah tidak boleh di’compress’ apatah lagi jika nak dicapai dengan cara ‘skip’ tertibnya. Ada tertib ‘abc’nya yang perlu dilalui. Ada perinciannya yang perlu diperhalusi dengan tekun.

Macam makan mi tarik jugalah. Yang sedap adalah yang cukup ramuan, disediakan dengan cara yang rumit dan dimasak lama mengikut tertib. Harganya mahal tapi puas dan berkhasiat. Nak cepat, makanlah mi segera dalam plastik. Menghilangkan lapar untuk seketika tetapi menanggung mudharat yang panjang.

Jadilah pendakwah hakiki hasil dari proses panjang yang memerlukan kesabaran. Bukan pendakwah segera yang muncul dengan pentas rekaan.

Pendakwah itu lahir di medan dan bukan di studio. Berapa ramai manusia yang tertarik dengan kata-kata pendakwah tetapi dihancurkan dengan akhlaknya.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *