home Semasa Kenapa ada ‘double standard’ antara majlis hiburan, masjid?

Kenapa ada ‘double standard’ antara majlis hiburan, masjid?

 

BANGI – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kebanyakan negeri memaksa rakyat akur dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat, termasuk had jemaah serta aktiviti agama di masjid.

Sepanjang tempoh itu – yang dilanjutkan sehingga 6 Disember – tidak membenarkan surau dan masjid di kawasan PKPB mengadakan semua aktiviti kuliah dan ceramah.

Bahkan, solat berjemaah juga dihadkan jumlahnya mengikut kapasiti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Biarpun akur dengan ketetapan itu, namun kebanyakan pihak mula merasakan wujud ‘double standard’ di antara SOP aktiviti masjid dengan majlis hiburan.

Ini turut dipertikaikan oleh Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

Beliau menyelar kebenaran penganjuran sebuah majlis anugerah hiburan popular yang dijadualkan berlangsung esok, tatkala aktiviti masjid dihalang untuk diadakan dalam tempoh PKPB.

“Kenapa masjid tidak dibenarkan untuk adakan apa-apa aktiviti kecuali solat Jumaat dan solat fardhu?

“Masjid-masjid juga kosong daripada anak muda, bahkan tidak dibenarkan dikunjungi oleh kanak-kanak bawah 12 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Merujuk di Negeri Sembilan, Dr Zainur Rashid berkata, remaja bawah 15 tahun tidak dibenarkan bersolat fardhu berjemaah di masjid.

“Tidakkah kita perlu tingkatkan ibadah dan banyakkan bertaubat tatkala wabak menimpa negara kita dan seluruh dunia?,” katanya.

Sementara, pengguna media sosial juga meluahkan rasa tidak puas hati dengan mendesak supaya penganjuran majlis hiburan malam esok dibatalkan. 

Pengguna Facebook Nurhajar Aziz berkata, majlis berkenaan perlu dielakkan supaya tidak menjadi fitnah. 

“Tak nak jadi macam kluster Petaling. Bagi saya, ‘event’ ini pun dah jadi fitnah kepada agama juga. Pergaulan lelaki dan wanita, tidak menutup aurat, dan majoriti terdiri daripada umat Islam. 

“Tapi kenapa tidak pulak dikatakan fitnah kepada agama? Sedangkan dalam Islam pun tak bagi semua ni,” katanya.

“Sekolah ditutup, ekonomi terkesan. Bahkan kawasan negeri kami yang zon hijau pun kena PKPB, tetapi untuk konsert tidak ada hal,” kata Lee Syafie Lee secara sinis. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *