home Semasa Kesulitan dalam hidup adalah lumrah

Kesulitan dalam hidup adalah lumrah

 

SAYA nak kongsikan satu pengalaman hidup yang saya sukar untuk tulis secara detail kerana ia bersifat terlalu peribadi, hanya mampu saya rangkumkan dalam beberapa falsafah-falsafah.

1- Kesulitan dalam hidup adalah lumrah. Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah, suram malam tiada bintang, itulah lukisan alam. Maka Allah berpesan “Ingatlah setelah kesulitan itu ada kesenangan”

2- Jika Allah hendak berikan kita segala apa yang kita mahu dengan mudah, maka Allah pasti boleh. Namun Allah sengaja mahukan kita sukar mendapat sesuatu agar kita sentiasa kembali mengharap kepada-Nya. Terus berusaha dan terus meminta pada Allah.

3- Hidup kita ni disusun sedemikian rupa, takdir dan susunan hidup kita ini hikmahnya Allah sahaja yang tau. Jika kita cuba lawan susunan Allah itu, padahnya kita akan rasa akhirnya.

4- Kejujuran adalah asas dalam kehidupan. Tanpa kejujuran akan rosak segala hubungan kita dengan Allah dan juga manusia. Rasul berpesan “Berkata benarlah walau pahit”

5- Kita harus belajar dari kesilapan. Kesilapan itu boleh membawa kita kepada kebenaran, seandainya kita benar-benar ikhlas ingin mencari kebaikan dari sesuatu.

6- Berhenti mengharap daripada manusia. Heh, cakap ni lebih senang dari buat la kawan, tapi perit atau tidak inilah hakikatnya. Pengharapan kepada manusia hanya membawa kita kepada kepalsuan dan kita akan diheret kepada konflik yang pelbagai bentuk.

7- Komunikasi adalah asas dalam kehidupan. Nabi saw tidak mampu membaca, tapi dia mampu menyampaikan. Maka ini memberikan kita indikasi pentingnya penyampaian itu, meskipun 1 ayat. Kadang-kadang 1 ayat itu cukup berharga buat orang yang mendengar, walau seremeh mana pun kita rasa tentang 1 ayat tersebut.

8- Kekalkan hubungan dengan Allah. Jangan tinggal solat, solatlah berjemaah, dan lazimkan bangun malam meskipun kita terbangun sebab anak menangis mahupun terbangun sebab terdengar bunyi whatsapp. Ambillah peluang terbangun itu untuk berwuduk dan solat beberapa rakaat, walaupun nampak mcm tak ikhlas asalnya tapi inilah bekalan yang mungkin menjadi penyebab Allah nak selamatkan kita dari sesuatu malapetaka dalam hidup.

9- Nafsu ni bukan ditahan, tapi diurus. Mudah je nak kata “Sabarlah, tahan la, bertenang la” tapi hakikatnya ia tak semudah itu. Maka teruslah berusaha cari jalan untuk urus nafsu, tapi dengan cara yang Allah redha. Keluar dari jalan itu akan menyebabkan kita dihina. Sahabat Nabi r.a berpesan “Allah muliakan kita dengan islam, seandainya kita cari kemuliaan dengan selain islam maka Allah akan hina kita”

10- Akhir sekali, mintaklah ampun kepada Allah diatas segala kealpaan kita. Moga Allah lindungi kita dan tutup aib kita di dunia mahupun di akhirat.

Sumber : FB Norzafry Norhalim

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *