home Semasa Malaysia dekat di hati mereka

Malaysia dekat di hati mereka

 

ALHAMDULILLAH, ditakdirkan Allah untuk saya bertemu dengan sosok pemimpin Palestin yang dikagumi, Ismail Haniyeh PM Palestin pada Mac 2013 yang lalu.

Saya merasa amat bertuah kerana dapat bertemu dengan tokoh yang dikagumi pecinta perjuangan Islam sedunia ini.

Gaza yang baru sahaja diserang tentera zionis Israel dikunjungi oleh pelbagai agensi kemanusiaan luar negara termasuk Malaysia.

Tatkala bersalaman dengannya, beliau bertanya, “Hal enta duktur min Malizia?” (Adakah anda adalah doktor dari Malaysia ?).

Kami meneruskan perbincangan ringkas sebelum beliau meneruskan tugasan rasminya yang lain.

Secara umumnya, andai ditanya kepada pemimpin dan rakyat Palestin, negara manakah yang paling bersimpati dan banyak membantu Palestin? Nescaya mereka akan menjawab, “Turki, Qatar, Malaysia, Algeria …… dan lain-lain lagi.”

Saya berharap agar Malaysia akan terus menyokong perjuangan rakyat Palestin yang telah dijajah regim zionis Israel buat sekian lamanya.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *