home Semasa Pahang timbang wajibkan KAFA kepada murid sekolah

Pahang timbang wajibkan KAFA kepada murid sekolah

 

KUANTAN: Kerajaan Pahang bersedia menimbang mewajibkan pelajar di negeri itu mengikuti Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Beliau berkata buat masa ini pengajian itu belum diwajibkan selain terletak di bawah pengurusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dibuka kepada semua murid berumur tujuh hingga 11 tahun.

“Cadangan itu amat baik dan kita akan pertimbangkan, buat masa ini tiada halangan bagi anak-anak ini untuk mengikuti KAFA.

“Kita galakkan anak-anak muda mengikuti kelas ini dan kelas ini juga mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa, sama ada di kampung dan bandar. Buat masa lebih 74,000 pelajar dari 14 lokasi telah menyertai KAFA,” katanya.

Syed Ibrahim berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, bagi menjawab soalan Andansura Rabu (PAS-Beserah) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri bercadang mewajibkan setiap pelajar berumur tujuh hingga 11 tahun mengikuti KAFA.

Menurut Syed Ibrahim, sebanyak RM30 juta telah diperuntukkan bagi perbelanjaan pembiayaan KAFA pada 2019. – Astro Awani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *