home Semasa Qatar tempelak negara Arab normalisasi hubungan dengan Israel

Qatar tempelak negara Arab normalisasi hubungan dengan Israel

 

DOHA– Menteri Luar Qatar menempelak Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, dan Sudan kerana sanggup menjalinkan hubungan negara haram Israel – yang sudah mengkhianati dan menjajah tanah Palestin.

Serentak itu, Qatar meminta negara-negara Arab untuk terus menentang penjajahan Israel di wilayah Palestin yang diduduki. 

Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani di Forum Keselamatan Global dalam talian berkata, perpecahan tidak patut berlaku di kala negara Arab kini dalam rundingan dengan Tel Aviv. 

“Saya rasa lebih baik kita bersatu (Arab) untuk meletakkan kepentingan rakyat Palestin, tujuannya untuk mengakhiri pendudukan Israel,” katanya. 

Sebelum ini, Israel telah menandatangani perjanjian normalisasi yang dibiayai Amerika Syarikat (AS) dengan UAE, Bahrain, dan Sudan, dan beberapa negara lain di dunia Arab juga yang dijangka akan mengikutinya.

Namun, kesepakatan normalisasi telah menimbulkan kecaman yang meluas daripada rakyat Palestin, yang memperjuangkan kebebasan negaranya di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota.  

Sheikh Mohammed dalam ucapannya semalam mengatakan, Doha menjaga beberapa hubungan dengan Israel, tetapi itu hanya terbatas pada hal-hal yang berkaitan dengan rakyat Palestin seperti keperluan kemanusiaan atau projek pembangunan.

UAE terdahulu, mendakwa, negaranya tetap komited untuk perjuangan Palestin, kononnya perjanjian dengan Israel adalah untuk menghentikan proses pengilhakkan lebih lanjut atas tanah Palestin.

Sebelum ini, Israel hanya mempunyai hubungan formal dengan dua negara Arab – jirannya Mesir dan Jordan – yang dijalin di bawah perjanjian damai yang dicapai beberapa dekad lalu. – Agensi

 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *