home Semasa Roboh rumah Palestin: Belgium tuntut Israel ganti rugi

Roboh rumah Palestin: Belgium tuntut Israel ganti rugi

 

BRUSSELS – Belgium mengecam tindakan biadab rejim pengganas Israel kerana memusnahkan penempatan penduduk Palestin, yang dibiayai oleh negara itu di Tebing Barat yang diduduki.

Serentak itu, kerajaan Brussels memberi amaran kepada Tel Aviv untuk tidak memusnahkan sekolah-sekolah Palestin yang berisiko untuk dirobohkan, selain menuntut ganti rugi bagi rakyat Palestin yang terjejas akibat perobohan rumah mereka.

Kementerian Luar Negeri Belgium dalam satu kenyataan berkata, beberapa buah rumah di kampung Al-Rakeez, di Hebron yang telah dimusnahkan rejim Zionis jelas melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Infrastruktur penting ini dibangun dengan dana Belgium, sebagai sebahagian dari bantuan kemanusiaan yang dilaksanakan oleh Konsortium Perlindungan Tebing Barat.

“Kita desak Israel memberi pampasan atau ganti rugi atas pemusnahan ini.

“Sebagai anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Belgium telah beberapa kali menyatakan keprihatinan atas peningkatan jumlah serbuan dan penyitaan struktur dan projek kemanusiaan di Kawasan C di Tebing Barat,” katanya.

Minggu lalu, rejim Zionis memusnahkan hampir 80 kediaman orang Badwi Palestin dalam operasi yang jarang berlaku.

Mengakui terkejut dengan perkara itu, kerajaan Belgium berkata, pemusnahan penempatan itu akan memberi kesan besar kepada penduduk tempatan serta bantuan kemanusiaan.

“Belgium juga mengutuk tindakan rejim yang merobohkan sekolah. Kanak-kanak Palestin adalah sama seperti kanak-kanak lain di dunia yang mempunyai hak untuk mendapat pendidikan.

“Ianya adalah hak yang dijamin di bawah Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia, Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya dan Konvensyen Hak Kanak-kanak,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *