home Semasa Sedekah secara rahsia

Sedekah secara rahsia

 

1. PADA September yang lalu, Pusat Penyelidikan Islam (Majma’ al-Buhuth al-Islamiyyah) dibawah seliaan al-Azhar telah ditanya berkenaan keharusan seseorang yang meninggalkan bayaran lebih kepada peniaga yang dilihat memerlukan dengan niat sedekah.

2. Pusat kajian itu melalui Lajnah Fatwanya menjelaskan bahawa tidak mengapa untuk seseorang membayar lebih buat peniaga yang dilihat memerlukan. Kata Lajnah Fatwa tersebut:

واعلم بأن المال الذى تتركه للبائع يعدُّ صدقة سر إذا نويتها

“Ketahuilah bahawa wang yang kamu tinggalkan buat peniaga boleh dikira (sebagai pahala) sedekah secara rahsia sekiranya kamu berniat sedemikian.”

3. Lajnah Fatwa tersebut bersandarkan hadis Nabi yang menjelaskan tentang Allah memberikan ganjaran kepada lelaki yang bersedekah dalam keadaan bersembunyi. Sabda Rasulullah:

وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا، حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا صَنَعَتْ يَمِينُهُ

“(Antara manusia yang akan mendapat naungan Allah diakhirat kelak ialah) lelaki yang bersedekah dalam keadaan bersembunyi sehingga tidak diketahui tangan kirinya apa yang disedekah oleh kanannya.” (HR al-Bukhari)

4. Pada hari ini, di sekeliling kita pasti ada peniaga kecil yang berusaha keras untuk meneruskan kehidupan mereka dalam suasana PKP ini. Ada juga penghantar makanan yang berkhidmat menyampaikan makanan kepada kita dalam cuaca yang sukar. Apa salahnya jika kita hulurkan lebihan wang yang kita mampu dengan niat membantu mereka.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *