home Semasa Selawat Imam Syafie RHM yang menentukan nasibnya!

Selawat Imam Syafie RHM yang menentukan nasibnya!

 

SUATU hari seseorang daripada kalangan solihin bertemu Imam Asy-Syafie RHM dalam mimpi dan bertanya apa yang telah Allah lakukan kepadanya ?

Imam Syafie RHM menjawab : Allah mengampunkan dosaku.

Dia bertanya lagi : Dengan amalan apa ?

Imam Syafie RHM menjawab : Selawat yang aku tuliskan pada mukadimah kitab Ar-Risalah (kitab Usul Fiqh yang pertama ditulis dalam sejarah Islam)

Lafaznya adalah :

صلى الله على نبينا كلما ذكره الذاكرون وغفل عن ذكره الغافلون

Maksudnya :

Moga Allah berselawat ke atas Nabi kita, setiap kali manusia yang berzikir itu mengingati-Nya, dan setiap kali manusia yang leka itu terlalai daripada mengingati-Nya.

Dalam erti kata yang lain, Imam Syafie RHM telah berselawat dengan selawat sepanjang zaman dan setiap masa. Pahalanya tidak dapat digambarkan kerana setiap masa ada manusia mengingati Allah, dan setiap masa juga ada manusia melalaikan-Nya. Pahalanya berpanjangan kerana seseorang itu dibalas dengan niat di dalam amalannya.

Marilah kita belajar daripada fiqh Imam Syafie RHM ini dalam beramal, niatkanlah dengan amalan kita samada amalan hati atau perbuatan, sebagai suatu amalan yang berterusan dan berpanjangan.

Mudah-mudahan kita juga diampunkan dengan keberkatan niat itu.

اللهم صل على محمد كلما ذكرك الذاكرون وغفل عن ذكرك الغافلون

Wallahua’lam bissawaab.

Ustaz Syamil Esa

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *