home Semasa Selepas 8 bulan, jemaah luar negara dibenarkan tunai umrah

Selepas 8 bulan, jemaah luar negara dibenarkan tunai umrah

 

MEKAH – Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan umrah di tanah suci pada Rabu selepas ibadah itu ditangguhkan selama lapan bulan disebabkan penularan wabak COVID-19.

Menurut laporan Agensi Anadolu, jemaah pada awalnya perlu menjalani kuarantin selama tiga hari sebaik ketibaan sebelum boleh meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi di Twitter berkata, jemaah luar negara tidak dikuarantin dan meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram.

Minggu lalu, penerbangan pertama yang membawa jemaah umrah termasuk dari Indonesia dan Pakistan mendarat di lapangan terbang Jeddah. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *