home Semasa Sokong boikot produk Perancis – Mufti Negeri Sembilan

Sokong boikot produk Perancis – Mufti Negeri Sembilan

 

SEREMBAN : “Kita digalak melakukan tindakan atau balasan setimpal terhadap pihak yang menghina atau menggugat kemuliaan kita dan agama Islam,” kata Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.

Beliau mengulas reaksi beberapa pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kenyataan Presiden Perancis, Emmanuel Macron atas sokongan beliau

terhadap provokasi sebuah majalah berhaluan kiri Perancis, Charlie Hebdo yang menghina Rasulullah SAW.

Mohd Yusof berkata, pihaknya menyokong tindakan berkenaan termasuk langkah memboikot produk dari Perancis bagi memberi mesej penting bahawa umat Islam tidak akan merelakan sesiapa sahaja yang berani menghina agama Islam.

“Islam menggalakkan hidup dalam bermasyarakat yang mementingkan harmoni dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

“Tetapi jika ada pihak yang cuba mengganggu dan menggugat keamanan serta kesejahteraan termasuk melakukan penghinaan terhadap Islam, kita perlu ambil tindakan setimpal dengan penghinaan yang berlaku.

“Cadangan untuk mengambil tindakan memboikot produk Perancis harus dilakukan namun sejauh mana ia berkesan atau tidak, bergantung kepada keadaan. Tetapi mesej harus disampaikan,” katanya selepas merasmikan premis Misa Frozen di Seremban 2, di sini, tadi.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd Zaidi Ramli dan Pengerusi Abumie Holdings Sdn Bhd (Abumie) pemilik Misa Frozen, Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Abumie Holdings, Mohd Shuhalmi Abu.

Terdahulu, Presiden Perancis Emmanuel Macron mencetuskan kemarahan dunia Islam susulan kenyataan terbukanya mengenai hak untuk menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW yang dianggap sebagai menghina Islam.

Mengulas lanjut, Mohd Yusof berkata, umat Islam perlu mempertahankan kesucian agama itu.

“Pihak yang cuba mencemarkan kesucian Islam bukan baharu malah Islam seringkali menjadi mangsa tohmahan dan cacian. Mereka melakukan tindakan itu hanya berselindung di sebalik alasan hak kebebasan bersuara.

“Kita (umat Islam) patut mempertahankan kesucian Islam dan beri balasan yang sama atau sesuai kepada pihak yang berkenaan yang menghina agama kita,” katanya. – My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *