home Semasa Trump dijangka tarik balik ribuan tentera dari Afghanistan, Iraq

Trump dijangka tarik balik ribuan tentera dari Afghanistan, Iraq

 

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka mengumumkan penarikan ribuan pasukan tenteranya di Afghanistan dan Iran sebelum meninggalkan Rumah Putih pada 20 Januari, lapor Anadolu Agency.

Sebelum Trump memberikan arahan, Pentagon terlebih dahlu mengeluarkan notis yang dikenal sebagai ‘perintah peringatan,’ menurut laporan CNN.

Perintah itu merancang untuk mengurangkan jumlah tentera di Afghanistan dan Iraq – masing-masing kepada 2,500 orang selewat-lewatnya pada 15 Januari.  

Pada masa ini, jumlah tentera Amerika di Afghanistan adalah sekitar 4,500, sementara ada sekitar 3,000 di Iraq.

Sekiranya dilaksanakan, keputusan Trump dibuat seminggu selepas dia memecat Setiausaha Pertahanan, Mark Esper yang menentang penarikan awal pasukan dari Afghanistan sehingga beberapa syarat di negara itu tercapai.

Trump telah lama mengkritik kehadiran pasukan Amerika di luar negeri kerana tujuannya untuk memisahkan AS daripada ‘perang yang tidak berkesudahan’ menjadi dasar luar negaranya.

Pemangku Setiausaha Pertahanan Christopher Miller, bagaimanapun, memberi mesej berbeza dengan mengatakan, “Perang ini belum berakhir. Kami berada di ambang untuk mengalahkan al-Qaeda dan rakan-rakannya.”

Dengan melihat keterlibatan AS di rantau ini sudah lama dan sangat besar, dia berkata: ‘Ini adalah fasa kritikal. 

“Semua perang mesti berakhir. Mengakhiri perang memerlukan kompromi. Kami menghadapi cabaran. Sekarang, sudah tiba masanya untuk pulang,” tambah Miller.

Trump telah mengumumkan pada bulan Oktober bahawa dia akan menarik semua tentera AS dari Afghanistan menjelang perayaan Krismas. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *