home Semasa Wujud suasana persaingan mampu kekalkan hafazan al-Quran

Wujud suasana persaingan mampu kekalkan hafazan al-Quran

 

BANGI – Terdapat beberapa keadah atau metodologi asas boleh diamalkan golongan huffaz bagi mengekalkan hafazan, kata Ismail Salleh.

Guru Hifz al-Quran, Tahfiz Model Ulul Albab, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kedah itu berkata, huffaz perlu bergaul dengan individu yang telah menjadi hafiz selain kuat ingatannya.

Secara kebiasaannya pada suatu tahap tertentu, Ismail berkata, perasaan jemu dan malas akan timbul ketika mengulang kaji hafazan, meskipun semangat berkenaan berkobar-kobar pada peringkat awal.

“Oleh itu, memilih rakan hafiz al-Quran yang kuat ingatan dapat membantu seseorang lebih konsisten dalam mengulang ayat al-Quran kerana semangat persaingan untuk berlumba-lumba membacanya.

“Selain itu, mendengar bacaan qori atau imam seperti Sheikh Masyari dan Sheikh Abdul Rahman Sudais yang boleh dilakukan dengan mendengar radio atau cakera padat al-Quran. Proses mendengar ini perlu diamalkan dalam kehidupan seharian.

“Sekiranya ingin memperoleh manfaat lebih banyak, seseorang hafiz boleh mendengar dengan teliti bacaan diperdengarkan, dengan memerhatikan hukum tajwid, ghunnah dan alunan irama bacaannya,” katanya menulis di Berita Harian, hari ini.

Pada masa sama, Ismail turut mengesyorkan para huffaz mengekalkan hafazan dengan mengulangnya bersama rakan.

Tambahan pula, katanya, kaedah itu popular digunakan ulama zaman dahulu untuk mengingati ilmu yang telah mereka pelajari.

Katanya, ketika berlaku ketidaklancaran pada bacaan salah seorang antara mereka, rakannya dapat membetulkan bacaan berkenaan melalui kaedah itu.

Malah, Ismail turut mencadangkan huffaz supaya kerap membaca ayat yang dihafaz ketika menunaikan solat.

Beliau mendakwa, kaedah itu akan memudah selain melancarkan lagi hafazan seseorang selari dengan suasana solat yang memerlukan konsentrasi dalam melaksanakan ibadat.

”Hafiz perlulah membuat pengulangan bacaan intensif dan melapangkan waktu agak panjang. Apabila perbuatan ini menjadi rutin, lama-kelamaan akan terhasil sistem hafazan ayat suci al-Quran yang amat lancar.

“Mereka juga boleh menyertai majlis menghafaz al-Quran. Hasil pengalaman penulis, mengikuti pertandingan seumpama ini menyebabkan seseorang mendapat motivasi mengulang hafazannya secara berulang,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *