home Semasa Zionis serbu, cederakan penduduk Palestin di Lembah Jordan

Zionis serbu, cederakan penduduk Palestin di Lembah Jordan

 

BAITULMAQDIS – Rejim pengganas Israel sekali lagi bertindak biadab apabila merampas kenderaan dan panel suria milik warga Palestin pagi ini, di kawasan kampung Lembah Jordan, Ibziq, di utara Tubas Tebing Barat, lapor agensi berita Wafa.

Ketua Dewan Desa Ibziq, Abdul Majeed Khdeirat berkata, rejim Zionis menyerbu selain menghalang penduduk meninggalkan kampung berkenaan ketika mereka menggeledah rumah untuk merampas kenderaan, traktor dan panel suria.

Lembah Jordan yang meliputi satu pertiga daripada Tebing Barat yang diduduki adalah penempatan bagi 65,000 penduduk Palestin di 28 buah kampung.

Sejak 1967, rejim pengganas Israel yang menduduki Tebing Barat telah memindahkan kira-kira 11,000 penduduk haram ke Lembah Jordan.

Dalam kejadian berasingan, seorang warga Palestin, Jihad Jazi, 48, berasal dari kampung Al-Sawiya dipukul dengan batu oleh rejim Zionis, seperti disahkan seorang pegawai Palestin di Tebing Barat Utara, Ghassan Douglas.

Ghassan berkata, Jihas mengalami kecederaan termasuk patah dan lebam anggota badan selepas beliau diserang rejim Zionis ketika memeriksa tanah bersama isterinya.

Jihad kini menerima rawatan di hospital.

Serangan dan vandalisme ke atas penduduk Palestin di Tebing Barat dan kawasan yang diduduki adalah perkara biasa bagi penduduk haram Yahudi serta rejim Zionis.

Lebih kurang 600,000 penduduk Yahudi tinggal di kawasan penempatan haram di Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat, yang melanggar undang-undang antarabangsa. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *