home Semasa Baca, tulis jawi diberi penekanan dalam Pendidikan Islam

Baca, tulis jawi diberi penekanan dalam Pendidikan Islam

 

 

KUALA LUMPUR : Kemahiran membaca dan menulis jawi di sekolah menengah masih diberikan penekanan melalui pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam.

Timbalan Menteri Pendidikan Muslimin Yahya berkata, sehingga kini, kemahiran membaca dan menulis jawi masih lagi diuji dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.

Katanya, penggunaan tulisan jawi dalam buku teks mata pelajaran Pendidikan Islam daripada tingkatan satu hingga lima juga bertujuan mengukuhkan kemahiran murid dalam penguasaan jawi.

“Selain mata pelajaran Pendidikan Islam, mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah menggunakan jawi sepenuhnya, termasuk dalam soalan peperiksaan.

“Elemen pengukuhan jawi dalam kalangan murid dilaksanakan melalui aktiviti pengayaan seperti membina modul pemulihan Jawi dengan lebih mudah dan menarik untuk murid yang kurang menguasai Jawi,” katanya dalam sesi pertanyaan dan jawab lisan, hari ini.

Beliau menjawab soalan Sabri Aziz (Pas-Jerai) yang meminta Menteri Kanan (Pendidikan) menyatakan kesinambungan tulisan Jawi yang ditiadakan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sedangkan kursus-kursus berkaitan Jawi disediakan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi.

Muslimin berkata, ada sekolah yang melaksanakan kem pemulihan jawi bagi murid sekolah menengah.

“Selain itu, terdapat juga sekolah yang menganjurkan aktiviti kokurikulum bagi menanam minat murid dalam Jawi.

“Kementerian Pendidikan Malaysia yakin bahawa pendekatan yang digunakan setakat ini mampu mengekalkan kesinambungan tulisan Jawi pada peringkat sekolah menengah,” katanya. – My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *