home Semasa Ibadat perlu kerangka minda tepat

Ibadat perlu kerangka minda tepat

 

SYAHADAH tidak berat, tapi syahadahlah yang menyebabkan amalan menjadi berat.

Solat bukan beban, tapi solatlah yang meringankan beban.

Puasa bukan penghapus tenaga, sebaliknya puasa menjadikan kita kuat dan cerdas minda.

Zakat dan sedekah tidak mengurangkan harta, malah zakat dan sedekahlah yang mencambahkannya.

Ibadah haji bukan menjauhkan kita dari yang tersayang (ahli keluarga yang ditinggalkan), malah membawa kita menyahut seruan yang paling penyayang (Allah SWT).

Sungguh, segala ibadat perlukan kerangka minda yang tepat supaya kita konsisten, tidak malas dan sentiasa bersemangat!

#tazkirahjumaat

Ir. Ts. Lukman Al Hakim

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *