home Semasa Lagi pengganas Israel rampas tanah Palestin

Lagi pengganas Israel rampas tanah Palestin

 

HEBRON – Sifat tamak haloba rejim pengganas Zionis tiada pengakhiran, terbaharu mereka bukan sahaja merampas kawasan Palestin untuk dijadikan penempatan haram, malah turut dijadikan pos pemeriksaan.

Tindakan biadab rejim Zionis ke atas petani Palestin dapat dilihat apabila dihalang daripada memasuki tanah mereka di daerah al-Thala, Timur Yatta.

Malah, rejim Zionis turut menghalang guru di Susya daripada sampai ke sekolah di Masafer Yatta, di Selatan Tebing Barat.

Rejim Zionis turut mengancam akan menahan guru terbabit.

Sementara itu, Rateb al-Jabour yang aktif dalam jawatankuasa anti-tembok dan penempatan berkata, rejim Zionis telah mendirikan pos pemeriksaan terbang di jalan menuju ke kawasan al-Thala serta menghalang petani masuk ke tanah mereka, yang bakal dirampas.

Beliau berkata, puluhan penduduk di al-Thala mencari sumber pendapatan melalui ternakan, sambil menambah bahawa rejim Zionis terus berusaha merampas kawasan itu bagi memperluas pos haram mereka.

Dalam perkembangan lain, rejim Zionis turut bertindak kejam apabila merobohkan sebuah ladang ternakan biri-biri seorang penduduk di kampung al-Mughayyir, di Timur Laut Ramallah dekat Tebing Barat.

Ketua Kampung al-Mughayyir, Amin Abu Alayya berkata, rejim Zionis turut merampas khemah kepunyaan pemilik sama.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun ditembak mati menandakan peningkatan serangan di kampung berkenaan oleh rejim Zionis. -Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *