home Semasa Melampau! Israel mahu musnah lagi bangunan Palestin

Melampau! Israel mahu musnah lagi bangunan Palestin

 

HEBRON – Negara penjajah Israel bercadang untuk memusnahkan beberapa struktur termasuk rumah, tali air dan bilik logam di Masafer Yatta di Selatan Tebing Barat.

Menurut Penyelaras Jawatankuasa Perlindungan dan Ketetapan di Massafer Yutta, Fouad al-Amour, perintah pemusnahan itu dikeluarkan ke atas enam kediaman, dua telaga dan empat bilik operasi pertanian yang dibina dari panel logam terletak berhampiran pos haram Maon.

Negara haram itu memberi alasan kononnya bangunan berkenaan dibina tanpa permit dan berhampiran dengan jalan pintas.

Difahamkan, struktur yang bakal dimusnahkan dimiliki oleh dua keluarga Palestin.

Fouad berkata, pemusnahan itu dilakukan bagi mengosongkan penduduk Palestin untuk pembangunan penempatan haram Yahudi.-Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *