home Semasa Menjemput rahmat Allah dengan merahmati

Menjemput rahmat Allah dengan merahmati

 

PADA suatu hari ada seorang wanita keluar bersama bayinya dan dibawa sekali bersamanya sekeping roti sebagai bekalan.

Tiba-tiba ada seekor serigala mengambil anaknya daripadanya, dan menghilangkan diri. Lalu dia bersegera mengejar (mencari) serigala itu.

Ketika dia mengejar serigala itu tiba-tiba muncul seorang peminta sedekah memintanya makanan, lalu wanita itu memberikannya sekeping roti yang dibawanya tadi.

Kemudian datanglah serigala itu dengan anaknya yang di’culik’ itu tadi, lalu ia memulangkannya semula kepada ibunya.

Dalam satu riwayat lain menyatakan bahawa serigala itu berkata kepada wanita itu : “Luqmah bi luqmah” (Satu suapan makanan (dibalas) dengan satu suapan makan)

Kisah ini diriwayatkan dalam satu atsar daripada kitab Az-Zuhd oleh Imam Ahmad bin Hanbal.

Wallahua’lam bissawaab.

Ustaz Syamil Esa

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *