home Semasa Perginya cendekiawan terulung

Perginya cendekiawan terulung

 

PERGINYA seorang pakar ekonomi dan cendekiawan ulung negara yang amat sukar dicari ganti

Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid amat dikenali sebagai pencetus idea penubuhan Lembaga Tabung Haji yang memboleh umat Islam di Malaysia menabung bagi menunaikan ibadah rukun Islam kelima secara sangat bersistematik (idea ini diiktiraf dunia dan cuba ditiru banyak negara Islam lain)

Beliau juga merupakan pemikir luar biasa yang mencetuskan pelbagai teori dan idea bagi pembangunan ekonomi negara (Dasar Ekonomi Baru), mengurangkan jurang kemiskinan luar bandar (Theory of Neglect), pembangunan rakyat miskin melalui koperasi (ANGKASA) serta pendidikan bangsa Melayu (Pusat Asasi Sains UM)

Beliau berjuang untuk negara sehingga ke akhir hayat dengan menjadi penasihat kepada pelbagai badan serta institusi pembangunan ekonomi dan pendidikan negara

Semoga Allah SWT mengganjari setiap usaha dan sumbangannya , memotivasikan setiap kita bagi menjejakinya serta mengurniakannya syurga! -Ismaweb

Ir. Ts. Lukman Al Hakim
Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *