home Semasa Sarawak akan bina sekolah menengah agama antarabangsa

Sarawak akan bina sekolah menengah agama antarabangsa

 

KUCHING: Kerajaan negeri akan menubuhkan sekolah menengah agama antarabangsa menggunakan silibus daripada Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Singapura.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, berkata ia kini dalam peringkat perancangan dan pembinaannya dijangka siap dalam masa tiga tahun.

“Saya mengumumkan negeri ini akan mempunyai lima sekolah antarabangsa dan saya mahu mendirikan sekolah antarabangsa untuk masyarakat Islam.

“Pembinaan sekolah ini akan ditanggung kerajaan dan akan dimulakan tahun depan,” katanya ketika merasmikan ulang tahun ke-10 Ma’had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub (MATTARY) di Dewan Majma Tuanku Dewan Abdul Halim Muadzam Shah di sini, hari ini.

Abang Johari berkata sekolah baharu ini akan terletak berhampiran Sekolah Rendah MATTARY sekarang dan akan dilengkapi dengan kemudahan bersesuaian pendekatan pendidikan hari ini.

Beliau berkata, sekolah berkenaan akan menyediakan kemudahan asrama bagi membolehkan pelajar memberi tumpuan kepada pelajaran.

“Syarat kemasukan ke sekolah menengah ini akan lebih tinggi dan keputusan pelajar juga mesti bagus.

“Selain mahir dalam pengajian al-Quran, pelajar juga akan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi termasuk mengambil silibus Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM),” katanya.

Abang Johari, kerjasama dibuat dengan Madrasah Aljunied Al-Islamiah kerana ia mempunyai hubungan dengan beberapa universiti antarabangsa terkenal.

“Kami akan bekerjasama dengan mereka dan lulusan sekolah ini akan mempunyai sijil serta kelayakan untuk memasuki universiti antarabangsa,” katanya. -Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *