home Semasa Status halal minyak masak kitar semula diragui

Status halal minyak masak kitar semula diragui

 

SHAH ALAM – Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) menggesa pihak berwajib terutama Perbadanan Pembangunan Industri Halal memandang serius status penggunaan minyak masak kitar semula.

Presidennya, Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh berkata, rakyat perlu diyakinkan semua makanan yang diperakui halal tidak mengandungi bahan-bahan yang mencemari kehalalannya.

Menurutnya, secara umumnya minyak masak kitar semula adalah daripada bahan-bahan yang diambil daripada perangkap minyak kedai yang ada di antaranya mengandungi minyak babi.

“Pihak kami telah menjalankan siasatan rambang mengenai penggunaan minyak masak di kebanyakan gerai dan restoran yang dikunjungi umat Islam.

“Siasatan mendapati terdapat di antaranya menggunakan minyak masak kitar semula yang tiada sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau mengesyorkan kerajaan menguatkuasakan Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 2011) dalam menentukan makanan yang dikeluarkan tidak mengganggu kesihatan dan mengandungi bahan larangan mengikut undang-undang Islam.

“Kalau lihat barangan eksport termasuk ubat-ubatan dari negara maju, kita dapat lihat pengesahan bahan-bahan yang digunakan termasuk tarikh luput ubat-ubatan tersebut dijelaskan.

“Malaysia yang hampir ke tahap negara maju perlulah berwaspada dan memberikan jaminan bahawa barangan keluarannya mencapai tahap setanding negara maju,” katanya. -Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *