home Semasa Umat Islam Nepal protes penindasan terhadap Uyghur

Umat Islam Nepal protes penindasan terhadap Uyghur

 

KATHMANDU – Umat Islam di Nepal pada Ahad mengadakan tunjuk perasaan terhadap kekejaman kerajaan komunis China ke atas etnik Uyghur di Xinjiang.

Tunjuk perasaan yang diadakan oleh masyarakat Kalyankari Samaj di bandar Pokhara itu turut membantah pemusnahan ribuan masjid di wilayah Xinjiang serta tindakan biadab menindas etnik berkenaan.

Penunjuk perasaan itu menyertai masyarakat antarabangsa dalam menyuarakan pandangan mereka mengenai pelanggaran hak asasi manusia yang disifatkan mengerikan ke atas umat Islam Uyghur.

Pemimpin tunjuk perasaan itu menegaskan bahawa pihaknya akan terus meningkatkan keprihatinan mereka terhadap penindasan yang dilakukan ke atas etnik Uyghur pada masa depan.

Sebelum ini, protes sama diadakan di Nepal beberapa hari lalu.

Selama enam tahun terakhir, berjuta-juta penduduk Xinjiang atau Turkistan Timur, yang kebanyakannya beragama Islam telah ditempatkan di kem tahanan dan penjara.

Menurut laporan mangsa yang terselamat, mereka bukan sahaja diseksa, malah dibunuh bagi mendapatkan organ, diperkosa serta dimandulkan.

Dokumen terperinci dikenali sebagai China Cables telah diakses tahun lalu oleh International Consortium of Investigative Journalists mendedahkan kaedah rejim China menggunakan teknologi bagi mengawal etnik Uyghur di seluruh dunia.

Bagaimanapun, China menafikan kekejaman dilakukan ke atas Uyghur dan menjelaskan kononnya kem tahanan yang menempatkan etnik itu bagi memberi latihan vokasional. -Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *