home Semasa 729 bangunan Palestin hancur pada 2020 angkara rejim Zionis

729 bangunan Palestin hancur pada 2020 angkara rejim Zionis

 

TEBING BARAT – Pihak berkuasa negara haram Israel merobohkah 729 bangunan dan struktur milik Palestin pada tahun 2020, dengan alasan pembinaan tidak mendapat keizinan di Tebing Barat yang dijajah, kata sebuah kumpulan hak asasi manusia Israel.

Dalam laporannya pada hari Isnin, kumpulan hak asasi Israel B’Tselem mengatakan bahawa rejim Tel Aviv telah ‘memindahkan 1,006 orang Palestin, termasuk 519 kanak-kanak di bawah umur, setelah perobohan 273 rumah.’

Laporan itu menambah bahawa pihak berkuasa Israel juga merobohkan 456 struktur untuk tujuan bukan kediaman, termasuk kemudahan dan pemasangan asas penting seperti air dan elektrik.

Pihak berkuasa Israel biasanya merobohkan rumah Palestin di Tebing Barat yang diduduki, dengan menyatakan bahawa struktur tersebut telah dibina tanpa izin, yang hampir mustahil untuk diperoleh.  

Mereka juga kadang-kadang memerintahkan pemilik Palestin untuk merobohkan kediaman mereka sendiri atau membayar kos perobohan kepada perbandaran jika mereka tidak melakukannya.

Lebih daripada 600,000 penduduk haram Israel tinggal di lebih dari 230 penempatan yang dibina sejak penjajahan Israel 1967 di wilayah Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Semua penempatan Israel tidak sah berdasarkan undang-undang antarabangsa kerana dibina di tanah yang diduduki.  

Majlis Keselamatan PBB telah mengutuk kegiatan pendudukan Israel di wilayah jajahan dalam beberapa resolusi.

Di bahagian lain dalam laporan itu, B’Tselem mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 27 orang Palestin, termasuk tujuh kanak-kanak di bawah umur, telah dibunuh oleh tentera Israel pada tahun 2020.

“B’Tselem menyiasat 16 kes pembunuhan penduduk Palestin di Tebing Barat, dan didapati sekurang-kurangnya 11 daripadanya terbunuh tanpa alasan, kerana tidak ada yang mengancam nyawa anggota pasukan keselamatan atau yang lain,” kata NGO itu.

B’Tselem mengatakan bahawa serangan di Tebing Barat yang diduduki meningkat dengan ketara pada bulan April.

Kelompok hak asasi juga melaporkan bahawa mereka telah mendokumentasikan 248 serangan yang dilakukan oleh penduduk haram Israel terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat yang diduduki tahun lalu, mulai dari serangan fizikal dan melemparkan batu ke rumah Palestin, hingga menyasarkan petani atau harta benda mereka.

B’Tselem menambah bahawa rejim penjajah juga menyerang kampung dan kota Palestin ‘sekurang-kurangnya 3,000 kali dan melakukan serbuan terhadap tidak kurang dari 2,480 rumah.’

Pihaknya kemudian mengatakan bahawa pasukan keselamatan Israel juga menahan sekurang-kurangnya 2,785 orang Palestin tahun lalu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *