home Semasa Gempa bumi: Turki hantar 100 rumah kontena ke Croatia

Gempa bumi: Turki hantar 100 rumah kontena ke Croatia

 

ANKARA – Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turki menghantar sebanyak 100 buah rumah kontena kepada mangsa gempa bumi di Croatia pada Selasa.

Rumah kontena itu dimuatkan ke dalam kapal di Pelabuhan Pendik di Istanbul, seterusnya akan dihantar ke Zagreb dengan kerjasama Persatuan Pengangkutan Antarabangsa (UND) dan syarikat maritim dan logistik, DFDS Ro-Ro Logistics.

Pada masa sama, satu upacara diadakan bagi melancarkan kapal berkenaan, yang pertama kali berlabuh di Pelabuhan Trieste Itali sebelum dibawa ke Croatia melalui firma anggota UND.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif UND, Alper Ozal berkata, Turki turut berkongsi penderitaan dialami Croatia.

“Kami mengirim rumah bantuan AFAD kepada rakyat Croatia,” katanya, sambil menambah bahawa sebanyak 50 kenderaan terbabit dalam operasi penghantaran rumah-rumah berkenaan.

Gempa berkekuatan 6.3 skala ritcher pada 29 Disember lalu menggegarkan bandar Petrinja di Croatia sehingga membunuh tujuh orang serta mencederakan 27 yang lain. -Agensi

 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *