home Semasa Israel kejam tembak pekerja Palestin tanpa sebab

Israel kejam tembak pekerja Palestin tanpa sebab

 

TEBING BARAT – Enam pekerja Palestin yang mahu ke tempat kerja di Israel ditembak tentera rejim pengganas itu.

Kejadian berlaku di pintu masuk penghalang apartheid yang memisahkan Tebing Barat dari Israel berhampiran kampung Faroun, di Tebing Barat.

Saksi tempatan berkata, tentera negara haram melepaskan tembakan ke arah pekerja berhampiran pintu pagar di mana mereka berkumpul untuk melintasi penghadang dan ke tempat kerja mereka di Israel.

Kementerian Kesihatan berkata, semua mangsa mengalami kecederaan di kaki dibawa ke hospital di Tulkarm untuk menerima rawatan.

Kecederaan mereka dilaporkan ringan, bagaimanapun pengarah hospital berkata, dua daripada mangsa patah tulang dan memerlukan rawatan perubatan.

Israel mula mendirikan penghadang – sebahagian besarnya tembok konkrit – pada 2002 untuk memisahkan Tebing Barat dari Israel walaupun sebahagian besarnya dibangunkan dalam wilayah yang dijajah dan tanah pertanian Palestin.

Pada 2003, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) menerima pakai resolusi bahawa tembok itu bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan harus dihapuskan. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *