home Semasa Jordan kecam Israel gali Tembok Buraq dekat masjid Aqsa

Jordan kecam Israel gali Tembok Buraq dekat masjid Aqsa

 

AMMAN, 27 Jamadilawal 1442H, Isnin – Jordan mengecam tindakan penggalian yang dilakukan rejim pengganas Israel berdekatan Tembok Buraq – yang juga dikenali sebagai Tembok Barat.

Jurucakap Kementerian Luar Jordan, Daifallah Fayez menyifatkan tindakan rejim itu sebagai pelanggaran terbaharu ke atas Masji Al-Aqsa di Old City Baitulmaqdis. 

Beliau berkata, tembok berkenaan adalah sebahagian daripada perkarangan Masjid Al-Aqsa. 

Oleh sebab itu, Jordan menentang semua tindakan unilateral Israel di Baitulmaqdis Timur, Old City dan Masjid Al-Aqsa, katanya. 

“Tindakan provokasi Israel ini melanggar undang-undang antarabangsa,” tegas Fayez. 

Kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan perkarangan Masjid Al-Aqsa termasuk tembok dan pintu masuknya diselia oleh Awqaf Islam Baitulmaqdis – yang dikendalikan oleh Jordan di bawah undang-undang antarabangsa serta status quo sah.

Justeru, Fayez menggesa rejim Israel menghentikan pelanggaran dan provokasi itu, termasuk menghormati status quo undang-undang serta sejarah Old City.-  Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *