home Semasa Kerajaan rancang pinda perundangan Syariah babit ‘mak nyah’ di media sosial

Kerajaan rancang pinda perundangan Syariah babit ‘mak nyah’ di media sosial

 

BANGI– Undang-undang Syariah di negara ini dilihat masih ketinggalan khususnya tindakan terhadap lelaki yang berperlakuan seperti wanita di media sosial. 

Merujuk undang-undang Wilayah Persekutuan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah, penguat kuasa agama tidak boleh mengambil tindakan semata-mata kerana individu itu seorang ‘mak nyah’ tanpa bukti pelakuannya di tempat awam atau dengan tujuan tidak bermoral. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary berkata, atas sebab itu pihaknya mahu meminda semua undang-undang Syariah yang berkaitan secara berperingkat selari dengan perkembangan teknologi dan keadaan semasa. 

 “Ada dua perkara yang saya akan pastikan ia dimasukkan dalam pertimbangan untuk pindaan. 

“Pertama, tukar jantina perlu dijadikan kesalahan khusus dalam undang-undang jenayah Syariah. 

“Kedua, kandungan media sosial yang berkaitan dengan semua pelakuan bertentangan dengan jantina iaitu yang tidak senonoh, lucah dan jelik juga perlu dijadikan salah satu jenis kesalahan Syariah yang dilakukan secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan. 

Ahmad Marzuk berkata, pihaknya juga telah menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak (Task Force) bagi menangani isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang beragama Islam. 

“Jawatankuasa ini dianggotai oleh lebih 20 organisasi yang berkepentingan dan sudah memulakan mesyuarat pertamanya pada Disember lepas. 

“Doa dan sokongan kalian semua amatlah kami harapkan dalam usaha mengekang individu dan organisasi yang cuba mempromosi gaya hidup songsang kepada anak-anak kita,” katanya.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *