home Semasa Muhasabah diri, jangan menyumbang kepada salah faham terhadap Islam – Hussamuddin

Muhasabah diri, jangan menyumbang kepada salah faham terhadap Islam – Hussamuddin

 

KUALA LUMPUR: Ramai dalam kalangan umat Islam yang menyumbang kepada keadaan salah faham terhadap agama itu sendiri, di negara ini.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, umat Islam itu sendiri ramai yang melakukan perkara atau mengeluarkan kenyataan yang tidak menurut ajaran sebenar.

Justeru, beliau mengajak seluruh umat Islam di negara ini menyertai kempen ‘Sinar Untuk Malaysia’ bagi membetulkan semula karakter, nilai dan moral bangsa.

“Sinar Untuk Malaysia ialah sebuah gerakan oleh rakyat, untuk rakyat yang menyayangi negara, untuk uninstall, reformat, reset dan reinstall karakter, nilai, moral bangsa Malaysia.

“Jom kita buat sama-sama sampai jadi! Demi masa depan. Tetapi kena mula dengan reset diri kita sendiri. Saya pun dahulu ya,” katanya menerusi Twitter awal pagi ini

Hussamuddin menegaskan, semua jenis salah guna kuasa dan rasuah adalah dilarang menurut Al-Quran dan merupakan jenayah kejam di sisi Allah.

“Jadi, hentikan semua ini. Ia haram dan tidak Islamik!
Beliau juga menyeru umat Islam supaya tidak menyalahkan pihak lain, sebaliknya melakukan muhasabah diri dan reset atau betulkan diri sendiri dengan memastikan telah menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.

“Reset? Mulakan secara individu, termasuk saya juga, dengan musahabah diri sendiri dulu. Jangan sibuk tuding salah pihak lain.

“Tanya diri kita sendiri, sudah laksanakan tanggungjawab hakiki kita dengan betul? Barulah boleh reset karakter, nilai, moral bangsa dan mewujudkan Sinar Untuk Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut, Hussamuddin berkata, beliau lantang bersuara kerana mahu memastikan kesejahteraan dan masa depan terjamin buat seluruh rakyat Malaysia.

“Jangan izinkan sistem nilai dan moral bangsa kita terus mereput,” tegasnya. -Astro Awani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *