home Semasa Rakyat Palestin maut diserang Israel ketika ke tempat kerja

Rakyat Palestin maut diserang Israel ketika ke tempat kerja

 

RAMALLAH – Seorang pekerja Palestin maut akibat lemas terkena gas pemedih mata dalam serangan tentera pengganas Israel berhampiran bandar Tulkarem di Tebing Barat, semalam.

Fouad Joudeh, 50, bersama beberapa pekerja lain diserang ketika melalui pagar pemisah di kampung Faroun untuk ke tempat kerja di Jaffa.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Israel bertindak melarang mereka memasuki tanah yang dijajah sejak 1948 tanpa izin. 

Fouad berusaha untuk ke tempat kerja setelah lebih 20 hari Israel menutup pagar pemisah itu kononnya sebagai langkah mengawal penularan wabak COVID-19. 

Doktor di Hospital Rafedia di Nablus berkata, hasil bedah siasat mengesahkan bahawa Fouad meninggal dunia akibat menyedut gas pemedih mata dalam jumlah yang besar selain kegagalan jantung.

Ratusan penduduk Palestin di Nablus hadir ke majlis pengebumiannya dengan perasaan marah dan benci terhadap tindakan Israel – yang disifatkan bentuk kejahatan baru.

Fouad mempunyai kepada empat orang anak, di mana yang sulungnya baru berusia 10 tahun. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *