home Semasa Tangan-tangan yang terputus

Tangan-tangan yang terputus

 

1. DEMI memartabatkan kalimah Allah, para sahabat bertungkus-lumus memperjuangkan Islam. Ada dikalangan mereka yang terkorban, ada dikalangan mereka yang hilang anggota. Kami senaraikan di sini, beberapa orang sahabat yang terputus tangannya ketika berjihad. Antaranya:

2. Tangan Mus’ab bin Umar. Menurut riwayat Ibn Sa’ad, tangan Saidina Mus’ab bin Umair telah terputus dalam Perang Uhud. Beliau memegang panji tentera Islam lalu tangannya ditebas oleh Ibn Qami’ah.

3. Tangan Ja’far bin Abi Talib. Tangan Saidina Ja’far dikatakan terputus keduanya dalam Perang Mu’tah. Rasulullah ﷺ menangis mendengar perkhabaran ini dan menyifatkan Ja’far seorang yang akan diberikan sayap di syurga.

4. Tangan Nusaibah binti Ka’ab. Saidatina Nusaibah adalah contoh ibu pejuang. Beliau telah menyertai Perang Yamamah dan terputus tangannya dalam perang tersebut. Malah anaknya syahid di medan jihad.

5. Semoga Allah menjadikan kita dalam kalangan mereka yang memartabatkan agama Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *