home Semasa 30 khemah musnah, kem pelarian Syria ditelenggami banjir

30 khemah musnah, kem pelarian Syria ditelenggami banjir

 

DAMSYIK – Kem pelarian di daerah Afrin, barat laut Syria ditenggelami banjir akibat hujan lebat berterusan pada Ahad.

Rakyat Syria yang hilang tempat tinggal – dan berlindung di kem pelarian itu – kini berjuang dengan kerosakan disebabkan banjir berkenaan. 

Sekurang-kurangnya 30 khemah sementara rosak dan tidak dapat digunakan lagi, menurut Agensi Anadolu.

Syria berdepan perang saudara sejak awal 2011 ketika rejim Bashar al-Assad menentang penunjuk perasaan pro-demokrasi dengan serangan keganasan. 

Sejak itu, lebih lima juta orang awam di negara berkenaan kehilangan tempat tinggal.-  Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *