home Semasa Anda stress? bacalah Al-Quran!

Anda stress? bacalah Al-Quran!

 

1. SEKIRANYA jiwa sedang mengalami kemurungan atau semangat kian luntur, maka bacalah kisah-kisah dari al-Quran. Allah mempersembahkan lembaran kisah ini kepada Rasulullah bagi mengukuhkan jiwanya dalam menghadapi ujian kaumnya. Firman Allah:

وَكُلًّا نَّقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنبَاءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ

“Dan tiap-tiap kisah dan berita para Rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk mengukuhkan hatimu dengannya.”

2. Apa yang dimaksudkan bagi mengukuhkan jiwa Rasulullah ini? Menurut Ibn Asyur, kisah-kisah daripada al-Quran ini memberikan ketenangan jiwa buat Rasulullah yang sedang menghadapi tekanan yang amat dahsyat dari kaumnya. Kata Ibn Asyur:

حقيقته التسكين في المكان بحيث ينتفي الاضطراب والتزلزل

“(maksud pengukuhan jiwa ini) hakikatnya ialah memberikan ketenangan (dalam jiwa) yang sedang bergelojak, tidak tenteram (atau merasa sempit).

3. Begitulah mukjizat dan kekuatan al-Quran. Ia menguatkan jiwa orang yang beriman. Saat kita diejek, bacalah kisah Nabi Nuh yang diejek oleh kaumnya, bahkan disangkakan gila.

4. Saat kita disakiti, bacalah kisah Nabi Yusuf yang cuba dibunuh oleh adik-beradiknya sendiri. Saat kita kecewa, bacalah kesukaran Rasulullah dicerca oleh ayah saudara sendiri (Abu Lahab).

5. Kalimah-kalimah al-Quran mempunyai keajaibannya yang tersendiri. Kalamullah ini meredupkan hati orang yang beriman, memberikan kelapangan buat jiwa yang sempit, menenangkan si pembaca dan yang mendengarnya.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *