home Semasa Jawi benar aktiviti imarah masjid, surau di kawasan PKPB

Jawi benar aktiviti imarah masjid, surau di kawasan PKPB

 

BANGI– Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membenarkan pelaksanaan aktiviti pengimarahan masjid, surau Jumaat dan surau di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kebenaran itu diberikan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berdasarkan perkembangan terkini berkaitan pandemik COVID-19 di negara ini.

Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, aktiviti kuliah Subuh kini dibenarkan di kawasan PKPB di Wilayah Persekutuan, dengan tidak melebihi 30 minit dan penjarakan fizikal 1.5 meter.

“Tazkirah dan zikir munajat selepas solat Maghrib hingga masuk waktu Isyak setiap hari secara berselang-seli dengan menghadkan bilangan jemaah kepada 50 peratus kapasiti dewan solat utama masjid, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter,” katanya.

Beliau dalam kenyataan berkata, kebenaran turut diberikan untuk majlis akad nikah dengan kehadiran tidak melebihi 30 orang tertakluk kepada keluasan dewan solat utama masjid dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Masjid dan surau juga dibenarkan mengadakan solat hajat, bacaan Yasin, doa munajat dan tahlil setiap malam Jumaat dengan penjarakan fizikal yang ditetapkan, katanya.

Ini termasuk mengadakan solat hajat selepas Maghrib pada setiap malam dan selepas solat Jumaat dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

“Manakala bilangan jemaah dan lain-lain ketetapan di semua masjid, surau Jumaat dan surau di kawasan PKP masih tertakluk dengan ketetapan yang dilaksanakan sebelum ini dengan perubahan terhadap jumlah kehadiran akad nikah tidak melebihi 30 orang tertakluk kepada keluasan dewan solat utama masjid dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

“Mari kita semua mempertingkatkan amal ibadah serta terus beristiqamah di dalam mengimarahkan masjid dan surau,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *