home Semasa Rujuk mufti jika ada persoalan mengenai hukum hakam, keraguan

Rujuk mufti jika ada persoalan mengenai hukum hakam, keraguan

 

BANGI– Umat Islam disaran untuk merujuk kepada mufti atau Majlis Agama Islam di negeri masing-masing berkaitan kekeliruan dan masalah yang dihadapi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara berkenaan penting bagi memastikan pandangan yang diberikan lebih tersusun dan diyakini.

Katanya, sebelum ini pihaknya telah beberapa kali mengatakan bahawa segala pandangan dan buah fikiran yang dikemukakan perlulah diambil daripada mereka yang berkuasa, terutamanya Pejabat Mufti atau Jabatan Mufti.

“Pihak lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam akan sokong mufti masing-masing.

“Dengan ini pandangan yang dikemukakan itu akan nampak lebih terarah dan tersusun serta diyakini. Kebenaran yang begitu yang kita mahukan.

“Saya tahu setiap orang ada kelemahannya, namun jawapan rasmi daripada pihak berkuasa itu akan jadi lebih selamat.

“Rujuk mufti sekiranya ada persoalan mengenai hukum hakam, keraguan dan fahaman (agama),” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Agama Melayu yang didakwa disebarkan oleh seorang wanita melalui media sosial, yang tular baru-baru ini.

Dr Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan berkata, sebelum ini sudah banyak pandangan mengenai segala permasalahan yang sudah dikemukakan sebagai rujukan.

“Banyak pandangan yang diberikan sebelum ini kami bukukan, ia boleh dirujuk di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan serta JAKIM. Semua (persoalan) itu kita jawab dengan tuntas,” katanya.-Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *