home Semasa Syurga balasan bagi yang sabar

Syurga balasan bagi yang sabar

1. DALAM Surah al-Insan, Allah menjanjikan Syurga buat Muslim yang bersabar terhadap segala ujian di dunia. Mereka yang bersabar dalam mentaati perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya turut dijanjikan syurga.

2. Menurut al-Dahhak, mereka yang bersabar dengan kemiskinan atau kekurangan duit (menahan diri dari melakukan kejahatan) akan dibalas syurga.

3. Manakala Ata’ bin Abi Rabah (seorang Tabi’i yang terkemuka) pula mentafsirkan ayat ini sebagai sabar dengan kelaparan (akibat kesusahan hidup) turut akan mendapat nikmat syurga dari Allah.

4. Oleh itu, pesan dalam diri masing-masing, andai kita mampu bersabar sedikit atas kesusahan dunia ini, Allah akan kurniakan syurga yang tidak ternilai di akhirat kelak.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *