home Semasa Undang-undang sekat perjalanan wanita tanpa mahram di Gaza disemak semula

Undang-undang sekat perjalanan wanita tanpa mahram di Gaza disemak semula

 

GAZA– Hakim tertinggi Gaza bersetuju untuk menyemak semula keputusan mahkamah baru-baru ini yang melarang wanita untuk melakukan perjalanan tanpa izin daripada penjaga lelaki seperti suami atau ayah, lapor Reuters.

Sekatan itu, yang dikuatkuasakan pada hari Ahad oleh Majlis Syariah Tinggi di Gaza yang dikendalikan oleh pergerakan Hamas, telah mengundang kritikan daripada kumpulan hak asasi yang mengatakan bahawa ia melanggar undang-undang Palestin dalam diskriminasi berdasarkan jantina.

Protes juga berlaku di luar pejabat ketua majlis yang dilantik Hamas, Hassan Jojo, yang telah menandatangani perintah undang-undang.

Bercakap kepada wartawan pada hari Selasa, Jojo berkata: “Kami telah bersetuju untuk merangka keputusan ini.”  

Suruhanjaya Bebas untuk Hak Asasi Manusia (ICHR), sebuah kumpulan hak asasi Palestin yang mempunyai pejabat di Gaza dan Tebing Barat menyifatkan, keputusan hari Ahad ‘melanggar martabat dan hak wanita serta meletakkan mereka pada tahap yang lebih rendah dalam masyarakat.

ICHR juga menyatakan, undang-undang Palestin melarang diskriminasi ‘berdasarkan bangsa, jantina, warna, agama, pendapat politik atau kecacatan.’

Seorang penganalisis politik Palestin dan pakar hak wanita, Reham Owda mengatakan keputusan itu mungkin bertujuan untuk menghentikan kenaikan jumlah wanita Gaza yang mencari pekerjaan di luar wilayah pesisir kecil, baru-baru ini di mana pekerjaan yang ada adalah 49 peratus.

Pemerintah di Gaza ingin mengehadkan (perjalanan) dan menyekat pergerakan wanita yang bercita-cita tinggi untuk pergi mencari pekerjaan atau belajar, dan melarikan diri dari sekatan Israel, kata Owda.

Israel dan Mesir mengekalkan sekatan di kawasan laut Mediterranean, dengan alasan kebimbangan keselamatan yang timbul dari pemerintahan Hamas. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *