home Semasa Warga Palestin bebas selepas dipenjara 19 tahun tentang penjajahan Israel

Warga Palestin bebas selepas dipenjara 19 tahun tentang penjajahan Israel

 

BAITULMAQDIS – Seorang warga Palestin dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 19 tahun di negara haram Israel.

Firas Sadeq al-Hatawi, 47, sebelum ini ditahan atas alasan kononnya menentang penjajahan Israel.

Beliau yang juga bapa kepada empat orang anak itu menderita pelbagai penyakit kronik dan lebihan berat badan.

Pihak penjara Israel (IPS) sengaja memberi rawatan perubatan yang salah kepada Firas ketika beliau ditahan.

Beliau turut dikenakan hukuman oleh IPS kerana menuntut untuk mendapatkan rawatan sesuai dengan penyakitnya.

Dalam perkembangan lain, rejim pengganas Israel pada semalam bertindak kejam apabila menyerang seorang warga emas Palestin di kampung An-Nuweima dekat utara bandar Jericho di Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, serangan itu dilakukan setelah mangsa menghalang bekas rejim Israel daripada merebut traktor pertanian milik mereka.

Sumber memberitahu, rejim Zionis memukul Hussain Al-Zayyed, 65, hingga menyebabkan beliau cedera dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Sementara itu, anak mangsa berusia 35 tahun turut ditahan rejim Zionis.

Sebelum ini, penduduk Palestin di kampung An-Nuweima sering ditindas oleh rejim Zionis melalui pelbagai cara bagi memastikan tanah mereka dirampas.

Israel berusaha mengurangkan aktiviti dan kehadiran warga Palestin di Lembah Jordan, yang meliputi satu pertiga kawasan di Tebing Barat yang diduduki. -Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *