40 terbunuh akibat banjir di utara Afghanistan, 150 hilang

 

JALALABAD: Sekurang-kurangnya 40 dilaporkan terkorban sementara 150 orang lagi hilang akibat banjir kilat yang melanda timur laut Kabul, kata pegawai hari ini.

Operasi menyelamat giat dijalankan bagi mengesan mereka yang hilang selepas hujan lebat melanda daerah Kamdesh di wilayah Nuristan yang terletak kira-kira 200 kilometer timur laut Kabul.

“Kira-kira 40 orang terbunuh malam tadi akibat banjir kilat,” kata Ketua Majlis wilayah terbabit, Saeedullah Nuristani kepada AFP.

Katanya, kira-kira 150 lagi masih hilang dan hampir 80 rumah musnah selepas banjir melanda kawasan terbabit.

Bagaimanapun, Jurucakap gabenor Nuristan, Saeed Momand, pula menyatakan bilangan kematian lebih tinggi dengan mengatakan lebih daripada 60 orang terbunuh dalam banjir terbabit.

Setiap tahun, hujan lebat dan banjir kilat mengorbankan ramai orang di Afghanistan.

Banyak kediaman yang dibina rosak teruk dengan kebanyakannya terletak di kawasan luar bandar serta berdepan risiko runtuh akibat hujan hebat di negara miskin itu.

Puluhan orang terbunuh tahun lalu selepas banjir kilat melanda wilayah Parwan.

Banjir tahun ini hadir ketika Afghanistan digegarkan oleh lonjakan pertempuran dengan Taliban yang melancarkan banyak serangan di seluruh negara.

Peningkatan dalam pertempuran juga terjadi ketika Afghanistan memerangi gelombang ketiga COVID-19 yang memberikan tekanan terhadap sistem kesihatan negara itu sementara bahagian-bahagian lain di negara terbabit dilanda kemarau yang teruk. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts