KEMPEN RM 1 JUTA WAKAF PALESTIN

 

KEMPEN RM 1 JUTA WAKAF PALESTIN UNTUK PEMBINAAN PUSAT REHABILITASI DAN KESIHATAN MENTAL DI GAZA

Channel 1 Hari 1 Hadis Palestin telah melancarkan kempen RM 1 JUTA WAKAF PALESTIN sejak awal tahun 2020 bagi membantu pembinaan Pusat Rehabilitasi dan Kesihatan Mental di Gaza yang diuruskan oleh Aman Palestin Berhad dengan jangkaan kos sebanyak RM 20 juta.

Kami mengharapkan para pembaca dapat membantu mendapatkan dana RM 1 juta daripada RM 20 juta kos jangkaan pembinaan projek ini terutamanya di bulan Ramadan yang mulia ini.

 

KENAPA PROJEK INI?

🚨 Rakyat Palestin di Gaza terdedah kepada pelbagai risiko hasil daripada penindasan yang berlaku hingga membawa mereka kepada kehilangan perspektif diri, kemarahan, kekecewaan, kehinaan dan perasaan tersisih yang menyebabkan peningkatan masalah tekanan mental seperti kebimbangan dan kemurungan (skizofrenia dan bipolar).

🚨 Jumlah pesakit psikiatri akibat daripada perang dan pengepungan di Gaza sejak 13 tahun yang lalu semakin meningkat khususnya di kalangan kanak-kanak. Ditambahkan lagi ketiadaan pusat khusus menangani ribuan kes kesihatan mental di Gaza.

🚨 Jangan lepaskan peluang menyertai projek wakaf mega ini. Manfaatnya sangat besar bagi rakyat Gaza yang hidup dalam tekanan dan kepungan setiap hari.

 

Video MoU Aman Palestin bersama Kementerian Kesihatan Palestin dan ucapan penghargaan Timbalan Menteri Kesihatan Palestin:

 

SERTAI KEMPEN RM 1 JUTA WAKAF PALESTIN

📌 SERTAI 1 LOT WAKAF bernilai RM500 secara ansuran bulanan seperti pakej berikut;

🅰️ RM100/sebulan selama 5 bulan
🅱️ RM50/sebulan selama 10 bulan

 

CARANYA? EMPAT LANGKAH MUDAH👇🏻

1️⃣ Salurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

2️⃣ Whatsapp slip transaksi ke 019-3357019 (Ustaz Nu’man)

3️⃣ Sertakan maklumat berikut:
Nama:
Tujuan: Wakaf Palestin

4️⃣ Tularkan (viralkan) mesej ini kepada semua kenalan sama ada group whatsapp, telegram, dan sebagainya.

 

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Rasulullah SAW:

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ للَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

“Tidak akan berkurang harta orang yang bersedekah dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Dan tidaklah seseorang itu bersifat tawaduk kerana Allah melainkan Allah mengangkat kedudukannya.”
(HR Muslim)

Ayuh kita bersama membantu menjayakan pembinaan Pusat Rehabilitasi dan Kesihatan Mental di Gaza ini.

#1JutaWakafPalestin
#1Hari1HadisPalestin
#AmanPalestin

Total
0
Shares
1 comment
  1. Assalamualaikum saya nak buat wakaf sebulan rm100 atau rm50 sebulan atau lebih untuk mencukupkan rm500.. Bila ada lebih saya wakaf rm100.. Bila kurang saya wakaf rm50 sebab saya niaga kecil2 di rumah sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts