Palestin bidas Kosovo buka kedutaan di Baitulmuqaddis

 

BAITULMUQADDIS – Palestin pada Isnin membidas Kosovo kerana membuka kedutaannya di Baitulmuqaddis selepas negara yang didiami ramai majoriti penduduk Islam di Eropah itu mengiktiraf bandar berkenaan sebagai milik Israel.

Kosovo dilaporkan membuka kedutaan tersebut di ibu kota itu pada Ahad lalu sebagai pertukaran kepada sokongan rejim Zionis mengiktiraf kemerdekaan negara tersebut yang diisytiharkan pada 2008 selepas berperang dengan Serbia pada 1990-an.

Bagaimanapun, menurut AFP, Palestin yang mendakwa bahagian timur Baitulmuqaddis ialah bakal ibu negaranya telah mengkritik tindakan negara tersebut.

Ia melanggar undang-undang antarabangsa, kata Nabil Abu Rudeineh iaitu jurucakap Presiden Palestin, Mahmud Abbas seperti dilaporkan oleh agensi berita rasmi, Wafa.

Pergerakan Hamas yang menguasai Genting Gaza turut mengkritik Kosovo yang menuduh ia menyebelahi Israel.

Turki turut mengkritik pembukaan Kedutaan Kosovo di Baitulmuqaddis pada Ahad lalu.

Sebelum ini, Serbia enggan mengiktiraf kemerdekaan Kosovo yang merupakan bekas wilayahnya.

Ketika Kosovo mendapat pengiktirafan banyak negara di Eropah, ia tidak menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana tidak mendapat sokongan daripada Rusia dan China yang juga sekutu Serbia.

Kosovo dilaporkan mempunyai penduduk berjumlah lebih 1.8 juta. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts