Pelarian Syria di Turki membantah di Kedutaan Russia

 

ISTANBUL: Lebih 200 orang membuat bantahan di luar konsulat Russia di ibu kota Turki di sini menentang serangan dahsyat ke atas wilayah dikawal pemberontak di Timur Ghouta.

Lebih 350 orang awam terbunuh dalam serangan lima hari oleh rejim Syria diketuai Presiden Bashar al-Assad di wilayah terkepung berhampiran Damsyik.

Penyokong rejim, Russia dituduh mengambil bahagian dalam serangan udara itu namun Kremlin menafikan pembabitannya semalam, menggelar tuduhan itu tidak berasas.

Penunjuk perasaan, kebanyakannya rakyat Syria melaungkan slogan menentang Damsyik serta Moscow dan satu penyokong rejim, Iran, kata koresponden AFP.

Yang lain memegang sepanduk bertulis: ‘Russia, anda membunuh kanak-kanak Ghouta, namun sejarah merekodkannya’ dan ‘Kanak-kanak mati akibat kebuluran di Timur Ghouta yang terkepung.’

Penunjuk perasaan menggesa kuasa dunia memberi tekanan bagi menamatkan pertumpahan darah itu.

Lebih tiga juta pelarian Syria tinggal di Turki termasuk hampir 540,000 di ibu kota ini selepas lari daripada konflik yang bermula dengan bantahan antikerajaan pada 2011. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Doa pilihan supaya anak menjadi soleh

  أَنِّى مَسَّنِىَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ “Sesungguhnya Aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja Yang lebih Mengasihani daripada…