home Semasa Remaja Perancis anti-Islam lawat masjid

Remaja Perancis anti-Islam lawat masjid

 

PARIS: Seorang remaja Perancis yang kritikannya terhadap Islam menyaksikan dia menjadi sasaran penindasan secara dalam talian, bertemu imam masjid utama di Paris hari ini, kunjungan yang diharapnya akan ‘meredakan keadaan untuk semua orang’.

Kunjungan itu dibuat sehari selepas sebuah mahkamah mensabitkan kesalahan ke atas 11 individu yang mengganggu gadis berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Mila itu, yang terpaksa menukar sekolah dan menerima perlindungan polis selepas videonya tular.

“Ini adalah petanda kedamaian yang amat penting untuk saya,” kata Mila kepada wartawan, selepas menerima al-Quran dengan balutan berwarna merah jambu daripada imam, Chems-eddine Hafiz.

Hafiz memandu arah Mila pada kunjungan selama dua jam di masjid itu dan menaranya, yang dilakukan di bawah kawalan keselamatan yang ketat.

“Masjid Paris terbuka untuk semua. Kami mahu menunjukkan kepadanya apa makna sebenar Islam.

“Islam jelas adalah agama yang harus dihormati,” kata Hafiz, yang turut percaya ‘kata-kata tajam’ Mila dibuat dalam ‘konteks tertentu’ pembulian dalam talian.

Sejak videonya yang penuh dengan perkataan buruk terhadap Islam tular pada 2020, pelajar sekolah yang sebelumnya tidak dikenali menjadi figura perpecahan di Perancis, yang dilihat penyokong sebagai seorang pejuang berani bagi kebebasan bersuara dan oleh pengkritik sebagai sengaja melakukan tindakan provokatif dan Islamofobia.

Undang-undang tegas Perancis mengenai ucapan berunsur kebencian menghukum mereka yang menghasut kebencian terhadap kumpulan berdasarkan agama atau bangsa mereka, namun tidak menghalang tindakan mengkritik atau menghina kepercayaan agama.

Mila, yang berasal dari tenggara wilayah Isere, baru-baru ini menerbitkan sebuah buku mengenai pengalamannya berjudul ‘Saya ialah Harga Kebebasan Anda’. – AFP

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *